BISMILLAH....
ASSALAMMUALAIKUM (Ia lbh afdhal aku rasa ble ingin memulakan sesuatu perbicaraan bagi manusia seperti aku yang berpanjikan tuhan yg satu iatu ALLAH SWT dan Nabi Muhammad itu Pesuruh ALLAH SWT)
Entah kenapa tiba2 aku terasa ingin create this blog walhal aku ni bukanlah a person yang suka menulis mahupun membaca jauh sekali nak menelaah ataupun belajar (belajar tu penting jgn jadi mcm aku) kalaulah kawan2 aku tau aku dah ada blog mesti diowang dok terbahak punya tp Mungkin sebab naluri aku yang ingin menulis kot.Mahu tidak mahu aku dah pon create account untuk blogspot ni dan mahu tak mahu aku kena teruskan juga dengan apa yang aku sudah mulakan secara tidak sengaja ha3.kepada senior2 blog sila beri tujuk ajar kepadaku ya la.la.la.la.la
Tidak sempurna rasanya bila tidak perkenalkan diri yang kudus lagi hina ni apa orang cakap ibarat berbuka puasa tanpa tamar bwahahaha.Baeklah nama sebenar aku MOHD KHAIRUL BIN ABD KADIR dan bukanlah MOHD KHAIRUL PETER .mana datang nama 'peter' tuh? nama Peter @ Pete adalah nama gelaran aku dikalangan rakan2 taulan,jadi sesiapa nak panggil aku Khairul boleh dan nak panggil Peter @ Pete pon boleh xde masalah.Aku dilahirkan pada tanggal 23 FEBRUARU 1987 jadi semasa aku menulis ni umur aku dah pun 25 tahun (muda lagi) dan aku ni sebenarnyer hasil penyatuan genetik dua negara MALAYSIA (abah) & SINGAPURA (ibu) didalam pada masa yang sama aku dduk dengan keluarga angkat yang jawanya boleh tahan pekat jadi darah yang mengalir dalam tubuh aku ni pendek kata automatik lah bercampur dengan keturunan JAWA+BUGIS dan yang pasti aku adalah Truly Johorean.Paling penting jangan takut berkawan dengan aku sebab aku tak makan orang punya n bagi aku hidop ni biarlah ramai kawan bukan ramai musuh.Tulah serba sedikit ttg diri aku yang aku dapat describekan secara ringkas buat korang.nak tau secara detail knelah be a friend of mine dulu hahahha.
Berbalik semula kita pada cerita pasal blog ni pulak, tujuan aku
menulis ini bukanlah sebab ingin publisiti atau ape benda yang boleh
buatkan popular pon (statement poyo) hanya tulis suka2 saja mana yang
terlintas dihati dan fikiran ble rasa nak menulis aku tulis lah tp pada kesimpulannya aku ni lebih suka kepada general writting.Maaf jika bahasa
penulisan yang aku gunakan ni cam tak mengikut standard Dewan Bahasa dan Pustaka dan kekadang membuatkan kesukaran hendak membaca ya.Aku mulakan blog aku ni dengan menyusun 10 jari tangan + 10 jari kaki (kalau 10jari tak ckup) andai kata ap yg ditulis menyentuh sensitiviti dan menyinggung perasaan sesetengah pihak.WASSALAM
"Salam 1Malaysia"
No comments:
Post a Comment