October 22, 2012
October 14, 2012
Tips-Tips Menjadi Jutawan terkandung DiDalam Al-Quran
BISMILLAH..Siapa yang tak nak jadi kaya betul tak?akan tetapi kini Kita sering dimomokkan cara atau bagaimana menjadi kaya raya daripada tokoh2 dan teknik2 dari barat Sehinggakan kita semua terlupa dan terlepas pandang cara menjadi jutawan mengikut cara islam telah pun terkandung didalam AL-QURAN itu sendiri.Disini saya hendak berkongsi tentang teknik2 menjadi jutawan yang ada di dalam AL-QURAN kepada korang semua.Sumber ini diperoleh dari blog http://webblog.myjodoh.net
***Biar tidak kaya harta tapi sentiasa kaya dengan budi bahasa
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran
Tip-tip Bagaimana Menjadi Jutawan Internet Daripada Al-Quran
Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar
Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam.
Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta
yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]
Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t
telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu
dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan
oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati
Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari
(kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka
dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi
mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki
kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”
Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat
dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu
akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah
sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan
kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.
Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk
menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran
bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di
dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran
daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan
kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang
meminta kepadaKu” [2]
Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar
ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang
sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam
semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut
Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca
surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan
selama-lamanya.”[3]
Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa
kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka
ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat
oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau
akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat
sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah
ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk”.
Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a.,
ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau
akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah
Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah
keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau
tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu,
(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan
yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang
luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam
mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam
beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit
pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka
kerjakan.
Wallahu’alam.
p/s Berkongsilah ilmu walaupun hanya sedikit kerana yang sedikit itu lah banyak manfaat darinya.
[1] Jami-ul-Saghir (Terjemahan H. Nadjih Ahjad),Imam Suyuthi, PT Bina Ilmu, Jakarta, 2003; Riwayat Ahmad, hadith #166.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.
[2] Muntakhab Ahadits (terjemahan Muhammad Qasim at Timori), Maulana Muhammad Yussuf Al-Khandalawi, Pustaka Ramadhan, Bandung, Indonesia, 2004; Riwayat Tirmizi, ms327
[3] Jami-ul-Saghir, op. cit.; Riwayat Baihaqi, hadith #8942, menurut Imam Suyuthi berstatus daif.
[4] Muntakhab Ahadits, op. cit.; ms 244
[5] Ibid.
Subscribe to:
Posts (Atom)